85 atlet Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza, Tebing Barat

Iklan
Pasukan bola sepak Palestin ketika bersiap sedia menentang Lebanon dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Stadium Khalid Bin Mohammed, UAE. - Foto REUTERS

GAZA - Sekurang-kurangnya 85 atlet Palestin terbunuh dalam serangan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat antara 7 Oktober dan 6 Disember.

Menurut laporan Persatuan Bola Sepak Palestin yang disiarkan pada Khamis, kehilangan itu memberi impak yang amat mendalam terhadap komuniti sukan.

Iklan
Iklan

Mangsa terdiri daripada 55 pemain bola sepak dan 30 atlet dalam pelbagai sukan lain.

Menurut laporan itu, tentera penceroboh Israel turut menyasarkan atlet dan kemudahan sukan Palestin, terutama pemain bola sepak, presiden kelab, pentadbir dan pengadil.

Iklan

Sebanyak sembilan kemudahan sukan iatu masing-masing empat di Tebing Barat dan lima di Semenanjung Gaza musnah akibat serangan itu.

Selain itu, tiga atlet di Tebing Barat turut ditahan dan empat lagi atlet dilaporkan cedera. - Awani

Iklan