Rozi fokus baiki 'rumah' UMNO Terengganu
Iklan
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat mahu fokus untuk memperbaiki masalah dalaman sebagai langkah pertama selepas dilantik untuk mengetuai parti itu di Terengganu.
Melalui episod kekalahan teruk dalam pilihan raya negeri (PRN) pada Ogos lalu sehingga tiada satu kerusi pembangkang pun di Terengganu, UMNO berhadapan cabaran besar bagi memastikan parti berkenaan masih kekal diterima rakyat negeri itu.