Tubuh pasukan khas percepat GEG diwujudkan semula

Iklan
Kerajaan dicadangkan untuk menggunakan wang hasil kutipan cukai rokok dan vape untuk menampung kos penubuhan pasukan khas tersebut. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Dr Zainal Ariffin

SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk menubuhkan pasukan khas sebagai usaha mempercepatkan Generasi Penamat Rokok (GEG) diwujudkan semula dalam tempoh lima tahun.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, penubuhan pasukan itu bertujuan untuk memberi fokus terhadap pendidikan mengenai bahaya merokok dan penguatkuasaan bagi rokok serta rokok elektronik (vape) yang masih longgar.

Iklan
Iklan

"Kerajaan kena tingkatkan kawalan menerusi pendidikan dengan memanfaatkan teknologi kini iaitu menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan permainan dalam talian sebagai alternatif untuk memberi kesedaran kepada generasi baharu mengenai rokok serta vape,” katanya pada Jumaat.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil pendekatan mendidik untuk tempoh lima tahun sebagai kaedah alternatif dalam merealisasikan hasrat mewujudkan GEG bermula individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Iklan

Menurut KKM, pelan advokasi lima tahun yang menyasarkan saringan dan intervensi untuk golongan tersebut akan dilancarkan bagi memastikan mereka tidak merokok.

Dr Zainal Ariffin berkata, kerajaan dicadangkan untuk menggunakan wang hasil kutipan cukai rokok dan vape untuk menampung kos penubuhan pasukan khas tersebut.

Iklan

Ujarnya, pasukan itu penting kerana ia akan memfokuskan dua perkara seperti yang dicadangkan sahaja agar proses mewujudkan GEG dapat dipercepatkan dengan kaedah lebih moden.

"Penguatkuasaan vape dan rokok terlalu longgar. Kena tumpukan dua perkara ini. Wujudkan pasukan baru, jangan campur dengan pasukan lama," tegasnya.