Wujudkan kembali jawatankuasa Kabinet hal ehwal orang India
Iklan
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan untuk mewujudkan kembali jawatankuasa Kabinet hal ehwal orang India susulan desakan ke atas tindakan beliau yang tidak melantik sebarang wakil daripada etnik Tamil dalam rombakan Kabinet pada Selasa lalu.
Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, jawatankuasa itu penting untuk menghentikan sebarang spekulasi dan meredakan keadaan.