KHAN YOUNIS - Seorang wartawan Al Jazeera dilaporkan maut dalam serangan Israel di Khan Younis, Gaza.
Jurukamera Arab Al Jazeera Samer Abudaqa terbunuh dan rakan sekerjanya Wael Dahdouh cedera ketika sedang membuat laporan di sekolah Farhana di Khan Younis sebelum diserang Israel pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Pasukan penyelamat tidak dapat sampai ke kawasan kejadian Abudaqa kerana pengeboman Israel.
"Pihak penyelamat baru sahaja berjaya mendapatkan mayat jurukamera Samer Abudaqa,” kata jurucakap rangkaian media itu.
Wartawan yang cedera, Dahdouh terkena serpihan di lengan namun berjaya dibawa ke hospital Nasser untuk mendapatkan rawatan.
"Pihak penyelamat baru sahaja berjaya mendapatkan mayat jurukamera Samer Abudaqa,” kata jurucakap rangkaian media itu.
Wartawan yang cedera, Dahdouh terkena serpihan di lengan namun berjaya dibawa ke hospital Nasser untuk mendapatkan rawatan. - Agensi/Awani