Wanita 59 tahun antara ditahan serbuan di tiga premis pelacuran

Iklan
Polis menggempur tiga premis pelacuran di sekitar ibu negara, pada Khamis. Gambar kecil: Noor Dellhan

KUALA LUMPUR - Polis menggempur tiga premis pelacuran dan menahan 30 wanita warga asing di sekitar ibu negara, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan dilakukan pihaknya bermula jam 7.45 malam di Jalan Pasar Baharu, di Jalan Pudu dan Jalan Imbi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil serbuan menahan 30 wanita warga asing berumur lingkungan 23 tahun hingga 59 tahun disyaki pelacur.

"Turut dirampas 14 gulung tisu, tuala mandi (16), tiub pelincir (3), tisu basah (16), kondom (100), kad akses (1), losyen (4) dan wang tunai RM400.

Iklan

"Kesemua yang ditahan direman selama empat hari hingga 18 Disember bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, polis menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Iklan

Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.