Dua rakan maut: Pemandu BMW di bawah pengaruh alkohol

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

KEPALA BATAS - [DIKEMAS KINI] Ujian pernafasan ke atas pemandu kereta BMW yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Sungai Lokan di sini, awal pagi Sabtu, mendapati kandungan alkohol melebihi paras yang dibenarkan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, pemandu lelaki berusia 46 tahun itu telah ditahan dan direman pada pagi Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Ujian pernafasan dijalankan ke atas pemandu itu menggunakan alat EBA-II mendapati paras alkohol melebihi paras yang dibenarkan. Dia direman untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini diminta menyalurkannya dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Hafizi Mohamad di talian 011-26967676," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mengulas mengenai kemalangan tersebut, Siti Nor Salawati berkata, kejadian berlaku ketika kereta BMW tersebut datang dari arah Sungai Lokan, Butterworth menghala ke Kepala Batas bertembung dengan Perodua Myvi yang dinaiki dua lelaki dari arah bertentangan.

Iklan

"Dipercayai apabila sampai di lokasi kemalangan, pemandu BMW telah hilang kawalan lalu bertembung dengan Perodua Myvi menyebabkan kedua-dua lelaki yang juga guru maut di lokasi kejadian," katanya.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, dan Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31.