Taat dan patuhi rukun Islam

Iklan
Kakitangan Zakat Melaka sedia membantu anda di kaunter pengurusan.

Terdapat suatu fenomena dalam kalangan umat Islam yang mengambil ringan terhadap rukun Islam yang lima. Mereka menumpukan suatu rukun Islam tetapi pada masa yang sama meninggalkan rukun yang lain. Sedangkan kerukunan ibadah dalam Islam itu haruslah bersifat konsisten, ikhlas dan perlu mempunyai elemen dan nilai penyerahan kepada ALLAH SWT, barulah rukun itu boleh dikatakan sempurna bagi seseorang Muslim.

Ada sesetengah Muslim, hanya mementingkan solatnya tetapi mereka ini enggan mengeluarkan zakat. Sedangkan seruan terhadap berzakat itu boleh dikatakan bernilai setara dengan solat. Hampir setiap kali apabila al-Quran menyebutkan tentang solat, maka akan digandingkan dengannya perintah berzakat.

Iklan
Iklan

Ini berlaku sebanyak 28 kali sebutan di dalam al-Quran dan ianya dilihat sebagai satu mesej penting ALLAH kepada manusia. Sepertimana firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 43, yang bermaksud:"Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat dan rukuklah bersama-sama mereka yang rukuk.”

Solat dan zakat adalah sesuatu yang mempunyai perkaitan yang rapat. Ianya seperti menyempurnakan iman apabila melakukan ibadah yang bersifat badani (ibadat yang yang dilaksanakan dengan tubuh badan), dan dilengkapkan dengan ibadah maaliah (ibadah yang dilaksanakan dengan membelanjakan harta).

Iklan

www.izakat.com.

Untuk sebarang urusan berkaitan zakat, sila hubungi Zakat Melaka.


Oleh: KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ZAKAT MELAKA, ABDUL HALIM ISMAIL

Iklan