KDA FC mahu rebut kedudukan ketiga liga super

Iklan
Impian kami sudah tentu mahu merebut kedudukan tiga pasukan teratas pada musim ini selepas tewas kepada Selangor FC sebelum ini - Nafuzi

KEDAH Darul Aman (KDA) FC tekad mahu merebut kedudukan ketiga Liga Super 2023 apabila bertemu Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada malam Ahad.

Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, aksi akhir liga super ini penting buat Sang Kenari selepas gagal mendapatkan tempat kedua kerana tewas 0-1 kepada Selangor FC pada aksi lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, KDA FC akan turun pada aksi terbaik dan memberikan segala-galanya biarpun sedar akan menerima tentangan sengit Sang Badak yang pastinya menerima sokongan padu penyokong sendiri di laman mereka.

"Kami ke sana untuk menang dan mahu kedudukan lebih baik yang boleh dicapai Kedah selepas terlepas peluang untuk kedudukan tangga kedua selepas tewas kepada Selangor FC sebelum ini," katanya yang telah berlepas ke Kota Kinabalu pada petang Jumaat.

Iklan

KDA FC kini berada di tangga ketiga liga super dengan mengumpul 53 mata manakala Sabah FC di tangga keempat dengan 51 mata selepas 25 perlawanan.

Jelas Nafuzi, mereka tidak mahu sekali lagi sasaran yang ditetapkan itu terlepas dan mahu melengkapkan misi ini sebaik mungkin.

Iklan

Menurutnya, Sabah FC juga pastinya mahu mempersiapkan pasukan mereka dan mendapatkan kemenangan pada aksi akhir di gelanggang sendiri.

"Tekanan dalam mengekalkan kedudukan itu bagi saya adalah perkara normal buat mana-mana pasukan dan kami perlu cukup bersedia mentaliti dan fizikal. Perlawanan ini adalah perebutan dua pasukan yang mahu kemenangan.

"Saya berharap pemain dapat kuatkan lagi mental dan sentiasa bersedia untuk menghadapi keadaan di tempat lawan kali ini yang semestinya satu cabaran buat kami,” ujar beliau lagi.