3,048 kes penyakit berjangkit, tidak berjangkit dan cedera di PPS Kelantan

Iklan
Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan di PPS.

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesan 3,048 kes penyakit berjangkit, tidak berjangkit dan kecederaan ringan di pusat pemindahan sementara (PPS) pada gelombang pertama serta kedua banjir di negeri bermula 21 November lalu hingga Jumaat.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes-kes melibatkan penempatan di PPS empat daerah iaitu Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang.

Mangsa-mangsa di PPS menerima kemudahan perubatan.

Iklan
Iklan

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, daripada keseluruhan jumlah itu, sebanyak 32.2 peratus kes penyakit berjangkit, penyakit tidak berjangkit (67.0 peratus) manakala kecederaan ringan (0.8 peratus).

Menurut beliau, pemeriksaan dan rawatan kepada mangsa-mangsa tersebut dilakukan oleh 1,086 kakitangan JKNK termasuk 745 staf perubatannya.

Iklan

"Daripada keseluruhan kes yang dikesan itu, penyakit utama yang dikesan ialah jangkitan saluran pernafasan atas dan penyakit kulit seperti kudis.

"Sehingga semalam juga, sebanyak 11 kes melibatkan antenal (kehamilan), satu kes hemodialisis dan satu kes paliatif (rawatan kanser) mangsa banjir yang dipindahkan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini pada Sabtu.

Kakitangan JKNK bertemu mangsa banjir di PPS untuk pemeriksaan kesihatan.

Iklan

Menurut beliau, kes-kes tersebut ialah dari daerah Pasir Mas dan tujuh kes antenatal dari Pasir Puteh manakala tidak ada kes berkait ibu lepas bersalin.

Dalam pada itu, katanya, pihak JKNK menjalankan aktiviti Mental Health Psychological Social Support oleh pasukan Psychological First Aid di kesemua PPS.

"Kami menjalankan 365 sesi untuk penghuni PPS dan 44 sesi bagi pasukan barisan hadapan.

"Aktiviti yang dijalankan termasuk sesi relaksasi, terapi seni dan psiko pendidikan,” kata beliau.

Tambahnya, pemeriksaan persekitaran dan kawalan vektor persekitaran juga dijalankan di 11 PPS dan satu PPS didapati positif.

"Sebanyak 393 bekas diperiksa dan tiga bekas yang dikesan positif selain penyemburan racun serangga dibuat ke atas 15 premis.

"Selainnya, penghuni PPS dinasihatkan menjaga kebersihan diri, minum air bersih, memastikan makanan tidak tercemar dan memakai pelitup muka jika ada gejala selesema, batuk, sakit tekak atau demam,” katanya.