Aksesori rekaan empat Sharifah

Iklan
Dari kiri: Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Sharifah Aryana dan Sharifah Alesyha menggayakan koleksi aksesori SharifahSistersXByThian rekaan mereka.

BAIK Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, Sharifah Amani, Sharifah Aryana mahupun Sharifah Aleysha masing-masing memiliki personaliti dan karakter tersendiri.

Baru-baru ini, mereka terpilih untuk berkolaboratif bersama jenama koleksi barang kemas mewah, ByThian yang menawarkan himpunan aksesori wanita inspirasi daripada flora dan fauna. Antaranya kelip-kelip, rama-rama, pepatung, kumbang dan semut.

Iklan
Iklan

Selain kerongsang motif bunga orkid rekaan Sharifah Aleya, pencinta barang kemas juga boleh memiliki anting-anting kumbang Sharifah Amani rona merah atau kuning.

Sepasang anting-anting kumbang Sharifah Amani menampilkan rona merah dan kuning.

Pada masa sama, terdapat penyepit rambut dan rantai cetusan Sharifah Aryana dan gelang tangan istimewa koleksi Sharifah Aleysha.

Iklan

Kesemua koleksi aksesori berkenaan bukan sahaja ideal digayakan bersama busana tradisional, malah cantik dan tampak santai dipadanan bersama pakaian konsep semi formal atau kasual.

Selain dimiliki sebagai koleksi peribadi, aksesori SharifahSistersXByThian juga boleh dijadikan bingkisan hadiah buat insan tersayang.

Iklan

ByThian merupakan label koleksi barang kemas mewah dan busana wanita popular tanah air.