BOS pamer sembilan tifo pada aksi Liga Super

Iklan
Sembilan tifo yang dipamerkan JDT pada aksi Liga Super berdepan Penang FC pada Sabtu.

SEPERTI yang dijanjikan, kelompok penyokong Boys Of Straits (BOS) telah mempamerkan sembilan tifo pada aksi Liga Super yang menemukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.

Paling mencuri tumpuan adalah tifo pemilik kelab tersebut, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ yang dipamerkan di tengah-tengah lapan tifo lain.

Iklan
Iklan

Turut dipamerkan adalah tifo lapan jurulatih skuad yang pernah mengemudi skuad Harimau Selatan itu muncul juara Liga Super dalam tempoh sedekad seperti Bojan Hodak, Mario Gomez, Ulisses Morais, RaulbLongdhi, Luciano Figueroa, Benjamin Mora, Hector Bidoglio dan Esteban Solari.