Emir Kuwait meninggal dunia

Iklan
Emir Kuwait Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah meninggal dunia pada usia 86 tahun. - Foto AFP

KAHERAH - [DIKEMAS KINI] Emir Kuwait Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah meninggal dunia pada usia 86 tahun, kata Menteri bagi Hal Ehwal Kabinet Kuwait, Mohammad Abdullah Al-Mubarak Al-Sabah pada Sabtu, lapor Sputnik.

Pada akhir November, Agensi Berita Kuwait (KUNA) melaporkan Emir telah dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan.

Iklan
Iklan

"Kami berduka cita atas pemergian Emir Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, yang meninggal dunia pada Sabtu," kata pegawai itu kepada KUNA. - Bernama

Putera Mahkota Kuwait diisytihar sebagai Emir baharu

Iklan

KAHERAH - Putera Mahkota Kuwait, Meshal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah diisytiharkan sebagai Emir baharu Kuwait berikutan kemangkatan kekandanya Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, lapor Sputnik memetik laporan Kuwait Television pada Sabtu.

Pengisytiharan Putera Mahkota berusia 83 tahun sebagai Emir baharu diumumkan oleh majlis menteri-menteri Kuwait, menurut kenyataan yang disiarkan di televisyen.

Iklan

Terdahulu, Menteri bagi Hal Ehwal Kabinet Kuwait Mohammad Abdullah Al-Mubarak Al-Sabah berkata Emir Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, 86, mangkat pada Sabtu.