Bapa pelajar maut dilanggar rebah, tidak dapat tahan sedih

Iklan
Muhd Zamrie hampir rebah selepas tidak dapat menahan rasa sedih ketika menerima kunjungan Mohd Yusri di kediamannya.

SHAH ALAM - Bapa pelajar maut dilanggar, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, hampir rebah selepas tidak dapat menahan rasa sedih ketika menerima kunjungan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di kediamannya.

Menerusi hantaran video di Facebook Sinar Harian, dia tidak dapat menahan sebak dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis yang mengadakan kunjungan hormat selepas kematian anak lelakinya.

Iklan
Iklan

Video berdurasi 35 saat itu menerima hampir 1,370 jumlah tontonan turut menerima reaksi sedih dalam kalangan netizen.

"Terima kasih Datuk (Mohd Yusri) kerana ada ihsan dekat saya. Terima kasih,” katanya sebelum rebah pada Sabtu.

Iklan

Kejadian itu menyebabkan kekecohan seketika dan orang ramai membantu menenangkan

Muhd Zamrie dengan memberikannya air minuman.

Iklan

Kunjungan Mohd Yusri sekitar jam 5 petang itu turut diiringi Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan.

Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu pada Jumaat, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.

Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan dengan mangsa kerana membuat bising motosikal.

Keadaan tersebut mengakibatkan, pemandu tersebut mengejar mangsa sejauh hampir satu kilometer dan melanggarnya dari arah belakang mengakibatkan mangsa jatuh dan terseret hampir lima meter.

Susulan itu, pihak polis mengesahkan telah menahan seorang pegawai kanan pasukan itu bagi menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk jenayah yang menjurus di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pegawai berusia 44 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu ditahan bagi siasatan kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.