'Sampai hati dia buat macam ini kat anak saya' - Bapa

Iklan
Muhd Zamrie rebah ketika menerima kunjungan Ketua Polis Perak di kediamannya di Taman Chepor Sentosa pada Sabtu.

IPOH - Bapa pelajar maut dilanggar, Muhd Zamrie Zainal Abidin rebah selepas tidak dapat menahan rasa sedih ketika menerima kunjungan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di kediamannya di Taman Chepor Sentosa di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 5 petang, keadaan pesara tentera berusia 55 tahun itu berjaya ditenangkan anggota keluarga dan pegawai polis yang hadir sebelum dipimpin dan duduk di atas kerusi.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, bapa kepada empat anak itu tidak dapat menahan emosi dan menangis teresak-esak ketika meluahkan perasaan terhadap kejadian yang menimpa anak bongsunya, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17.

Rintihan itu mengundang rasa sayu dalam kalangan rakan dan jiran yang hadir menziarahi keluarga mangsa.

Iklan

Dalam pertemuan hampir 30 minit itu, Muhd Zamrie berulang kali menyatakan harapan mahukan satu siasatan telus dijalankan agar keadilan dapat dibuktikan atas kematian anaknya.

"Saya tak mahu kejadian sama berulang dan jadi pada anak-anak orang lain," katanya.

Iklan

Selain polis, keluarga mangsa turut menerima kunjungan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh yang hadir memberi sokongan moral dan sumbangan peribadi.

Kah Woh (tiga dari kanan) turut hadir memberikan sokongan moral kepada bapa mangsa, Muhd Zamrie.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.