Terengganu tolak ICERD

Iklan
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu menolak sebarang usaha untuk meratifikasi konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu tidak menerima cadangan itu kerana percaya isu seperti diskriminasi kaum, warna kulit dan sebagainya boleh diselesaikan melalui kaedah perundangan yang ada di negara ini.

"Jadi untuk kita mengambil satu langkah yang besar iaitu ratifikasi ini, ia akan memberi kesan jangka masa panjang kepada struktur demografi masyarakat dalam negara kita yang berbilang kaum,” katanya mengulas isu yang hangat diperkatakan sekarang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Persatuan Ulama Malaysia tolak ICERD]

Iklan
Iklan

Menurut Ahmad Samsuri, isu meratifikasi ICERD perlu diperhalusi dengan lebih mendalam akan kesan kepada struktur masyarakat di Malaysia.

"Ianya tidak semudah untuk kita ratifikasi dan kita duduk diam saja tanpa berbuat apa-apa mengenai kedudukan, peraturan, enakmen dan undang-undang yang ada dalam perlembagaan kita.

Iklan

"Apabila sudah dibuat ratifikasi, ini bermakna langkah seterusnya adalah untuk melakukan perubahan struktur perlembagaan dan perundangan dalam negara dan inilah yang menimbulkan suasana yang tidak sesuai buat masa ini dalam negara kita,” katanya.

Atas faktor itu kata beliau, kerajaan negeri berpendirian menolak sekeras-kerasnya usaha meratifikasi ICERD.

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: ICERD tidak perlu di Malaysia]