PUCHONG - [DIKEMAS KINI] Tujuh rumah teres di Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor terpaksa dikosongkan selepas berlaku tanah runtuh di hadapan sebuah daripada rumah berkenaan, malam ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan pada jam 7.26 malam tadi melibatkan kawasan seluas 50 meter.
Keadaan tanah runtuh di hadapan sebuah daripada rumah teres di Jalan Wawasan di Puchong, Selangor pada Sabtu. Foto: JBPM Selangor