JIPS siasat kematian tahanan wanita di Langkawi

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang ditahan atas kesalahan dadah meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi pagi Sabtu selepas mengadu tidak sihat semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, wanita berusia 34 tahun itu direman di lokap Balai Polis Kuah, Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi sejak Selasa lepas untuk siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Semalam pada jam 8.05 malam wanita itu mengadu tidak sihat dan terus dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan, dan ditahan di wad," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Menurutnya pada jam 7.30 pagi tadi wanita itu disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya, dan proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar esok.

Iklan

Beliau berkata, kejadian itu akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam Tahanan, JIPS. - Bernama

Iklan