MEMANDU atau menggunakan jalan raya ketika kesesakan terutama pada waktu puncak memang menuntut kesabaran yang tinggi.
Ya, ketika itulah segala macam perkara yang 'menyesakkan' dada boleh menguasai diri sehingga menjejaskan emosi.
Disebabkan itu, ada yang sanggup melanggar etika jalan raya apabila sifat kurang sabar mula menyelubungi diri.
Maka, bermulalah episod memotong barisan kenderaan lain, melanggar lampu isyarat dan sebagainya.
Apakah hukum apabila individu yang dipotong barisan tadi tidak reda? Bagaimanakah akhlak ketika berada di jalan raya?
Bersama Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari, Ustaz Amiro Safwan Mohd Kamil memberikan jawapan kepada tanda tanda itu menerusi segmen Soal Jawab Netizen.
(ARTIKEL BERKAITAN: Berdosakah potong kenderaan?)