Kontraktor digesa urus risiko kerja pembinaan di musim tengkujuh - CIDB

Iklan
Laporan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggesa semua pemilik projek dan kontraktor untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan tapak pembinaan semasa musim tengkujuh ini.

Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd Zaid Zakaria dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, cuaca buruk dengan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sememangnya memberi risiko yang tinggi kepada keselamatan di tapak bina dan kerap menyebabkan kerosakan jentera.

Iklan
Iklan

"Dalam kes ini, CIDB telah mengeluarkan arahan berhenti kerja di tapak pembinaan tersebut sementara siasatan dilaksanakan. Penjadualan kerja-kerja pembinaan perlu mengambil kira keadaan cuaca supaya kerja-kerja yang berisiko tinggi dan melibatkan penggunaan jentera boleh dilaksanakan sebelum musim hujan,” katanya.

Iklan

Pada Selasa lepas, perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan.

Mohd Zaid berkata, sebarang kerja-kerja pembinaan berdekatan kawasan trafik dan pengangkutan awam juga perlu mematuhi garis panduan serta peraturan sedia ada, malah CIDB telah membangunkan kod amalan berkaitan keselamatan dan kesihatan melalui penyediaan Standard Industri Pembinaan (CIS) yang boleh dirujuk.

Iklan

"Antara CIS yang boleh dirujuk berkaitan projek pembangunan kawasan pengangkutan awam khususnya landasan kereta api/tren/monorel adalah CIS 28:2021 - Public and Road User Safety, Construction Working Adjacent to and Above Roadways,” katanya. - Bernama