SANDAKAN - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.
Menurut MetMalaysia, ribut berkenaan berada pada kedudukan kira-kira 1,254 km timur laut Sandakan dan bergerak 20 km sejam serta boleh mencapai halaju maksimum 65 km sejam.