Tanah runtuh: Pemeriksaan struktur dijalankan ke atas 26 rumah

Iklan
Laporan Sinar Harian.

PUCHONG - Pejabat Daerah dan Tanah Petaling akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh di 26 unit rumah teres sepanjang Jalan Wawasan di sini, susulan kejadian tanah runtuh petang semalam.

Pegawai Daerah, Rahilah Rahmat berkata, pemeriksaan itu antara lain bagi menganalisa struktur rumah sepanjang lokasi kejadian yang melibatkan sembilan unit yang telah diarah dikosongkan, dan 17 lagi yang masih berpenghuni.

Iklan
Iklan

"Kami akan memeriksa sekiranya terdapat retakan di setiap rumah dan kemungkinan terdapat retakan lama yang penghuni tidak peka.

"Setakat ini, hanya sembilan rumah sahaja yang terjejas dan rumah lain di deretan sama tidak terlibat, tetapi kami perlu tunggu keputusan laporan pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Iklan

Diminta mengulas sama ada masih terdapat pergerakan tanah di kawasan itu, Rahilah berkata, hasil laporan awal JMG mendapati setakat ini tiada sebarang pergerakan tanah.

"Pihak saya sedang berusaha menyegerakan kerja-kerja pembaikan tebing memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.

Iklan

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kerja-kerja pemasangan cerucuk besi sedang giat dilakukan di sekitar tanah runtuh dan tebing tanah yang tidak terjejas.

Selain itu, polis juga menempatkan Pos Kawalan Tempat Kejadian di lokasi tanah runtuh, selain memasang garisan kuning bagi mengelakkan penduduk setempat menghampiri kawasan kejadian. - Bernama