Lebih 60 maut dalam nahas bot di perairan Libya - PBB

Iklan
Wanita dan kanak-kanak adalah antara mangsa yang terkorban dalam nahas bot yang berlaku di perairan Libya. - Foto AFP

GENEVA - Sekurang-kurangnya 61 orang maut dalam nahas bot yang berlaku di perairan Libya, menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Wanita dan kanak-kanak adalah antara mangsa yang terkorban, kata IOM dalam satu hantaran di platform media sosial X.

Iklan
Iklan

Menurut saksi, seramai 86 orang berada di atas bot ketika ia berlepas dari bandar pesisir Libya, Zwara.

"Kawasan di tengah Mediterranean terus menjadi antara laluan migran paling berbahaya di dunia," menurut IOM.

Iklan

Libya merupakan antara negara transit utama bagi migran di Afrika Utara dalam perjalanan mereka menuju Eropah.

Menurut agensi itu, seramai 940 orang terkorban di kawasan itu pada tahun ini sehingga pertengahan November manakala tahun lepas lebih 1,450 kematian direkodkan. - Bernama

Iklan