NEW DELHI - Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam insiden letupan membabitkan sebuah kilang bahan letupan di negeri Maharashtra, India pada Ahad.
Kejadian berlaku pada 9 pagi waktu tempatan di sebuah unit Solar Industries India Ltd yang terletak di kawasan Bazargaon, kira-kira 60 kilometer (km) dari bandar Nagpur, lapor media tempatan.