Ahli Parlimen Padang Besar makin stabil

Iklan
Zahidi Zainul Abidin

KANGAR - Keadaan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar semakin stabil.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Ruzaini Rais berkata, beliau berkesempatan melawat sahabatnya itu petang semalam.

Iklan
Iklan

Katanya, Zahidi kelihatan ceria dan sihat ketika berbual bersamanya dan ahli keluarga yang lain.

"Zahidi disarankan untuk lebih banyak berehat supaya dapat keluar wad secepat mungkin," katanya.

Iklan

Menurut Ruzaini, meskipun keadaan Zahidi stabil, pihak hospital hanya membenarkan rakan terdekat serta ahli keluarga sahaja melawat.

Pada Sabtu lalu, Zahidi dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selepas mengalami sesak nafas ketika bangun dari tidur pada jam 5 pagi.

Iklan

Beliau yang sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Koronori (CCU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dipindahkan ke HSB untuk rawatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sesak nafas, Ahli Parlimen Padang Besar dimasukkan ke HTF

Ahli Parlimen Padang Besar dipindahkan ke HSB