KOZLOV CAPE - Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud melanda timur semenanjung Rusia berhampiran Tanjung Kozlov pada jam 12.21 pagi waktu tempatan hari ini.
Jurucakap cawangan Serantau Geofizik Akademi Sains Rusia memberitahu Sputnik, gempa berkekuatan 5.5 magnitud itu terletak pada kedalaman kira-kira 100 kilometer (62 km), 136 kilometer ke barat daya wilayah Ust-Kamchatsk di daerah Ust-Kamchatsky Kamchatka.
Menurut data awal, gegaran itu bagaimanapun tidak dirasai di penempatan kawasan terbabit dan tidak menyebabkan sebarang kematian atau kerosakan. - Agensi