Program khas tembak 2,449 burung gagak

Iklan
Antara gagak yang berjaya ditembak dalam operasi khas sekitar Hulu Selangor.

HULU SELANGOR - Sebanyak 2,449 ekor burung gagak dimusnahkan dalam satu program menembak dijalankan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Operasi dilaksanakan di sekitar Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Batang Kali, Serendah, Rasa dan Kuala Kubu Bharu bermula jam 7 pagi hingga 7.30 petang dengan bantuan 10 penembak dari kelab Putrajaya Shooter.

Operasi tembak gagak diadakan bagi mengawal populasi selain mengelak penyakit bawaan burung terbabit.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan MPHS, program itu sebagai langkah kawalan populasi, sekali gus membantu mengurangkan bilangan gagak.

"Ini juga membantu dalam mengurangkan pencemaran dan gangguan yang sering dikaitkan dengan gagak, terutama di tempat-tempat awam dan kawasan perumahan,” katanya pada Ahad.

Bangkai gagak dikumpul untuk dilupuskan.

Iklan

Katanya, operasi tembak gagak dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab tanpa mengabaikan keseimbangan ekologi.

"MPHS memahami kepentingan keseimbangan ekologi dan mengambil pendekatan berhati-hati dalam program ini bagi memastikan ia dilaksanakan dengan cara bertanggungjawab dan mampan.

Putrajaya Shooter yang menyertai operasi tembak gagak di sekitar Hulu Selangor.

Iklan

"Kepada masyarakat Hulu Selangor, kami berharap anda dapat menyokong usaha ini dengan mengambil langkah pencegahan sendiri.

"Elakkan meninggalkan sisa makanan di luar rumah yang boleh menarik perhatian gagak. Kita boleh menjaga keseimbangan alam sekitar sambil memastikan keselamatan dan kebersihan komuniti kita,” katanya.