Tanggungjawab besar Fahmi
Iklan
ROMBAKAN Kabinet yang menjadi buah mulut ramai akhirnya terlaksana pada 12 Disember lalu. Dengan memasukkan beberapa muka baharu dan peralihan portfolio beberapa menteri, ia tidak terlepas daripada permainan persepsi berkaitan prestasi menteri tertentu.
Tidak kurang juga ada yang terkejut dengan perubahan portfolio kerana menganggap sesetengah menteri dalam Kabinet sebelumnya telah melaksanakan kerja dengan cemerlang maka mengapa perlu ditukarkan.