Artik sudah tidak sesejuk dulu - Pakar
Iklan
SHAH ALAM - Fenomena hujan lebat luar biasa yang semakin kerap melanda negara sehingga menyebabkan bencana banjir dan tanah runtuh antara lain adalah dipengaruhi oleh faktor perubahan luruan angin Artik yang berpunca daripada pemanasan global pada hari ini.
Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, perubahan itu juga mengakibatkan beberapa kawasan sebelum ini yang tidak mengalami fenomena banjir, kini berhadapan situasi buruk.