RUU pelihara aset Malaysia daripada dirampas
Iklan
RANG Undang-Undang (RUU) Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dapat meletakkan negara-negara luar dalam keadaan lebih waspada supaya undang-undang tersebut tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang mahu merampas aset Malaysia secara tidak sah.
Undang-undang itu juga boleh diguna pakai untuk menarik balik imuniti negara lain di Malaysia, sekali gus memelihara aset kita di luar negara secara tidak langsung.