WASHINGTON - Penasihat perdagangan Rumah Putih, Peter Navarro semalam memaklumkan perjanjian perdagangan fasa pertama antara Amerika Syarikat (AS) dan China dijangka ditandatangani pada minggu depan.
Bagaimanapun, pengesahan itu hanya akan dibuat oleh Presiden Donald Trump atau Wakil Perdagangan AS.
Iklan
Iklan
Terdahulu, South China Morning Post melaporkan Washington telah menghantar jemputan kepada Timbalan Perdana Menteri Liu He untuk menandatangani perjanjian itu.
"Jangan percaya laporan daripada sumber tidak diketahui. Kita mungkin akan meterai perjanjian itu pada minggu depan atau dalam tempoh terdekat. Kami akan umumkan butiran perjanjian itu kepada umum secepat mungkin. Ia perlu diterjemahkan dalam Bahasa Cina dan diperiksa sekali lagi supaya versi kedua-duanya adalah sama," ujarnya.
Menurutnya, perjanjian setebal 86 muka surat itu mengandungi butiran harta intelek yang merupakan permulaan baik terhadap pemindahan teknologi dan reaksi yang positif terhadap manipulasi mata wang.
Trump pertama kali mengumumkan rancangan untuk meredakan perang tarif antara kedua-dua negara ekonomi terbesar di dunia itu pada Oktober lalu.
Perunding AS dan China turut menghabiskan masa selama beberapa minggu untuk memuktamadkan perjanjian fasa pertama tersebut yang dijangka ditandatangani pada bulan depan. - AFP