Buang Wan Saiful jelas bermotif politik

Iklan
Wan Saiful Wan Jan

SHAH ALAM - Tindakan Bersatu Perlis menggugurkan setiausahanya, Wan Saiful Wan Jan jelas bermotif politik.

Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, alasan diberikan Bersatu Perlis dilihat tidak tepat.

Iklan
Iklan

"Saya rasa pengguguran itu lebih bermotif politik. Kalau alasan supaya beliau tumpu kepada PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)...tak kan sebab itu.

"Sebab Wan Saiful pun berhenti sebagai penasihat Kementerian Pendidikan untuk tumpu kepada PTPTN dan jaga Perlis. Jadi, alasan itu saya rasa tak tepatlah, maksudnya ada benda yang disembunyikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Terdahulu, Pengerusi Bersatu Perlis, Amier Hassan berkata, pengguguran Wan Saiful tiada kaitan dengan masalah dalaman parti sebaliknya untuk memberi ruang kepada Pengerusi PTPTN itu menumpu isu berkaitan perbadanan tersebut.

Namun, Wan Saiful mendakwa didesak menarik balik laporan polis berhubung pemalsuan dokumen tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu Perlis.

Iklan

Wan Saiful turut mendakwa ditawarkan wang yang banyak sekiranya membantu mengatur pemberian kontrak kerajaan.

Dalam pada itu, Azizuddin berkata, Bersatu dan PH di peringkat nasional perlu memandang serius krisis di Perlis dan menanganinya segera.

"Saya rasa memang ada masalah kempimpinan Bersatu di Perlis jadi apabila timbul polemik politik wang dan sebagainya, ini menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Bersatu di Perlis.

"PH dan Bersatu kena ambil tindakan segera selesaikan krisis ini kalau tidak akan menjejaskan keyakinan rakyat Perlis terhadap PH. Rakyat akan tuduh mereka sama saja dengan BN,” katanya.

Tambahnya, polemik itu akan menyukarkan perancangan PH untuk merampas Perlis dari BN.

"Bimbang rakyat Perlis bosan dengan politik, tidak mahu terlibat langsung dengan politik dan menolak terus politik di Perlis serta tidak menyokong dasar-dasar kerajaan PH,” katanya.