Inspektor Sheila belum putuskan hantar representasi

Iklan
Inspektor Sheila

KUALA LUMPUR - Pembelaan bagi pihak Sheila Sharon Steven Kumar atau lebih dikenali Inspektor Sheila masih mengkaji sama ada akan memfailkan representasi atau sebaliknya.

Peguam, M Manoharan yang mewakili Inspektor Sheila, 35, berkata demikian ketika ditemui media selepas prosiding sebutan kes di depan Majistret Illi Marisqa Khalizan, selesai.

Iklan
Iklan

"Kita terima beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan dan baki dokumen lagi akan diterima pada sebutan kes seterusnya pada 15 Januari tahun depan.

Untuk rekod, Sheila mempunyai tiga pertuduhan kes jenayah di Mahkamah Majistret Selayang, yang mana perbicaraan kes itu ditetapkan bermula 5 hingga 7 Februari tahun depan.

Iklan

Pada 26 Jun lalu, Sheila didakwa mengugut seorang wanita berusia 69 tahun dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan berkata; ‘You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu’ dan menyebut pangkat dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya.

Iklan

Dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

.