9 usahawan MBDA sertai Karnival Barangan Malaysia 2023

Iklan
Antara usahawan daripada MBDA menyertai Karnival Barangan Malaysia 2023 yang bertempat di IOI Grand, City Mall Putrajaya, baru-baru ini.

SHAH ALAM - Sembilan usahawan fesyen dan gaya hidup daripada Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia (MBDA) menyertai Karnival Barangan Malaysia 2023 yang bertempat di IOI Grand, City Mall Putrajaya.

Karnival anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berlangsung bermula 13 Disember sehingga 17 Disember lalu merupakan sebahagian daripada inisiatif Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

Iklan
Iklan

MBDA dalam satu kenyataan berkata, kesemua usahawan yang terlibat di dalam karnival itu terdiri daripada pelbagai kategori pengusaha industri fesyen dan gaya hidup.

"Mereka adalah pengusaha batik dan pereka seperti Batek by Rasta serta ObiTrends, jubah sedia untuk dipakai (RTW) iaitu Kalima dan Thalia, koleksi turban seperti Ilham Echenta.

Iklan

"Selain itu, aksesori Kraf Pewter seperti Nusantara Touch, produk beg tangan dan parfum, Kashfi Zulkufli, pakaian dan aksesori kucing Fluffy Land dan barangan kraf mangkuk tingkat seperti Jeiwa,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu,produk-produk yang dipamerkan dan dijual di karnival tersebut adalah 100 peratus barangan buatan tempatan.

Iklan

"Ia selaras dengan tujuan dan matlamat kerajaan bagi mempromosikan dan memupuk serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya menyokong barangan dan industri tempatan,” kata kenyataan itu.

Turut diadakan sepanjang karnival itu ialah peragaan fesyen dan gaya hidup dan pereka fesyen Kashfi Zulkufli telah melancarkan promosi terbaru bagi produk Parfum Kashfi Zulkufli pada hari tersebut.

Seramai lapan pereka, 21 peragawati dan peragawan dan tiga ekor kucing juga terlibat bagi menjayakan acara peragaan fesyen itu.