36 imam dari China serikan Muslim Friendly Tour Homestay Malaysia

Iklan
Syed Ibrahim (tiga dari kiri) menyempurnakan perasmian penutup festival bersama Sahariman (empat dari kiri) di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah dekat Kampung Ketam,Temerloh pada Isnin.

TEMERLOH - Merasai sendiri detik malam Lailatulqadar dan 1 Syawal antara tarikan yang ditawarkan kepada pelancong sempena pakej platinum Ramadan dan Aidilfitri.

Presiden Persatuan Homestay Malaysia, Datuk Sahariman Hamdan berkata, ia antara aktiviti sempena Muslim Friendly Tour Homestay Malaysia yang dijalankan sebelum Tahun Melawat Homestay Malaysia 2025.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pakej enam hari dan lima malam itu akan membawa pelancong menginap di homestay terpilih di negara ini.

"Kita juga telah mengadakan kolaborasi dengan Islamic Tourism Centre untuk mendidik komuniti homesty bagaimana untuk menerima kehadiran pelancong seluruh dunia tanpa meninggalkan ibadah," kata beliau.

Iklan

Beliau ditemui selepas perasmian penutup International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah dekat Kampung Ketam di sini pada Isnin.

Seramai 500 peserta melibatkan 12 buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Somalia, Jepun terbabit dalam festival yang berlangsung sejak 16 hingga 19 Disember ini.

Iklan

Penutup disempurnakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Hadir sama, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man sempena gimik penanaman pokok di pekarangan masjid tersebut.

Turut berlangsung, perjanjian persefahaman pelancongan Malaysia-Indonesia diwakili Pengerusi Tugas-Tugas Khas, Pertubuhan Pengusaha Homestay Malaysia, Profesor Madya Ts Dr.Zaidi Abdul Razak dan penasihat Dewan Perniagaan Indonesia Wilayah Yogyakarta,Tazbir Abdullah.

Syed Ibrahim (empat dari kanan) menyaksikan perjanjian persefahaman pelancongan Malaysia-Indonesia diwakili Zaidi (kanan) dan Tazbir.

Ujar beliau lagi, kolaborasi dengan beberapa pihak dari Indonesia, Singapura Jepun dilakukan untuk membawa pelancong dari negara terbabit merasai sendiri suasana di kampung sempena Ramadan dan Aidilfitri selain mengajak mereka melakukan ibadah korban serta akikah.

Dalam pada itu, Sahariman berharap semua pengusaha homestay yang terpilih bersedia dengan program tersebut.

"Sebagai permulaan, 212 pengusaha homestay melibatkan 4,500 peserta yang menawarkan 10,000 bilik di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara untuk program ini.

"Selain itu, dalam pakej tersebut pelancong juga berpeluang merasai makanan, permainan tradisional dan budaya," ujar beliau.