RTG bantu persiapan atlet bagi kelayakan Olimpik

Iklan
Hannah (tengah) ketika melawat Pusat Skuasy Kedah yang siap sepenuhnya pada Ogos di Jalan Suka Menanti, Alor Setar.

SEMUA atlet harus memberi tumpuan untuk melayakkan diri dalam kejohanan Sukan Olimpik di Paris 2024 dan Los Angeles 2028 bagi membolehkan negara memburu pingat emas dalam acara yang ditandingi.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, jawatankuasa ‘Road To Gold’ (RTG) yang ditubuhkan akan memastikan persiapan atlet negara lancar dengan menyediakan fasiliti serta perkhidmatan latihan yang diperlukan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pembangunan fasiliti sukan harus seiring dengan pembangunan sukan tersebut bagi memastikan dapat menyumbang pingat untuk negara.

"Sekarang adalah fokus untuk melayakkan diri dahulu. Semua pihak sedang bertungkus lumus membuat persiapan berdepan saingan Sukan Olimpik. Antaranya, atlet skuasy sedang membuat persiapan untuk bertarung dan menangkan pingat.

Iklan

"Akses kepada kemudahan sukan itu sangat penting. Kalau kita hanya fokus mahu skuasy menyumbang pingat tetapi sukar cari gelanggang skuasy untuk berlatih, ia tidak realistik,” katanya selepas majlis penyerahan Pusat Skuasy Kedah kepada kerajaan negeri diwakili Exco Belia dan Sukan, Muhamad Radhi Mat Din di sini pada Isnin.

Hannah berkata, apabila diumumkan skuasy disenaraikan dalam Sukan Olimpik 2028, rakyat Malaysia dilihat menaruh harapan besar dalam sukan berkenaan untuk menyumbang pingat.

Iklan

"Setelah sekian lama ratu skuasy negara, Datuk Nicole David memperjuangkan supaya sukan tersebut dimasukkan dalam Olimpik, akhirnya ia menjadi kenyataan,” ujarnya.

Negara turut memiliki bakat-bakat muda skuasy yang cemerlang di peringkat antarabangsa antaranya S Sivasangari dan pemain adik-beradik, Aifa dan Aira Azman.

Mengulas mengenai keputusan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk terus memegang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sehingga tamat penggal 2025, Hannah percaya keputusan itu dibuat bagi memastikan program RTG berjalan lancar.

"Saya percaya dengan keputusan yang dibuat bersama BAM itu, perancangan RTG untuk tahun depan dapat kita mulakan seawal Januari, kita akan terus ‘berlari’ dengan perancangan persiapan Olimpik.

"Sekarang adalah proses untuk pemain badminton melayakkan diri dahulu,” katanya.