Syarikat telco kenakan caj tambahan akses 5G berdepan tindakan - Fahmi

Iklan
Fahmi - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat telekomunikasi (telco) yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, beliau telah menjelaskan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa telco mesti memastikan tiada caj tambahan untuk menggunakan 5G.

Iklan
Iklan

"Perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah keseluruhan kos infrastruktur, sehingga ke tahap menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) menggunakan dana awam.

"Sehubungan itu, tidak sepatutnya ada sebarang bayaran tambahan. Jika mereka terus mengenakan caj sedemikian, kami perlu mempertimbangkan untuk mengambil tindakan,” katanya kepada ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan televisyen berasaskan langganan, ‘OK Vision’ di sini hari ini.

Iklan

Selain itu, Fahmi berkata, dalam perbualannya dengan ketua pegawai eksekutif CelcomDigi Bhd baru-baru ini, syarikat itu telah mengumumkan semakan semula harga pakejnya.

"Dalam pakej baharunya, ia telah menghapuskan bayaran tambahan. Ini yang wakil daripada CelcomDigi beritahu kepada saya,” katanya. - Bernama

Iklan