Kes langgar pelajar: Keluarga minta henti kongsi video, gambar arwah

Iklan
Muhd Zamrie (dua dari kana) menerima kunjungan Johari (tiga dari kiri) pada lawatan Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri ke kediamannya di Taman Chepor Sentosa, Ipoh.

IPOH - Keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, meminta orang ramai berhenti menyebar video yang memaparkan detik-detik akhir mangsa menghembus nafas terakhir selepas dilanggar kereta yang dipandu pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden (DSP) di Jalan Taman Jati, Meru Jumaat lalu.

Bapanya, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, berkata, video yang berlegar di semua platform media sosial sejak hari pertama itu menjejaskan emosi semua ahli keluarga yang kini sudah mulai tenang.

Iklan
Iklan

"Minta tolong sangat-sangat boleh keluarkan (turun) video itu dahulu kerana menganggu emosi abangnya dan paling penting kakaknya yang bekerja sebagai jururawat hinggakan dia tidak boleh bekerja.

"Jururawat yang tular dalam video itu anak saya, dia yang pertama sampai (tempat kejadian). Apabila anak-anak buka (telefon) lihat adik mereka, saya dah kuat jadi macam tidak bermaya, emosi saya tidak kuat.

Iklan

"Emaknya lebih terasa kerana sebelum meninggal dunia, arwah kerap cium dan peluknya setiap pagi. Perubahan itu memang ketara tetapi kita sebagai manusia tidak nampak," katanya ketika menerima kunjungan Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim di kediamannya di Taman Chepor Sentosa di sini.

Menurut abang mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, mengakui tidak sanggup melihat video yang dikongsikan netizen itu.

Zarul Fitri

Iklan

"Video memaparkan semasa arwah tengah nazak itu menganggu emosi. Sampai sekarang saya tidak mampu lihat video itu.

"Video itu mencetuskan kembali rasa trauma kami jadi saya minta tolong untuk turunkan video itu yang telah mengaibkan arwah," katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17 tahun, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.