Penduduk Gaza kelaparan serbu trak bantuan

Iklan
Puluhan yang terdesak memanjat trak dan mengagihkan sendiri kotak bantuan kepada saudara mereka yang lain. - Foto Agensi

RAFAH - Penduduk Gaza yang kelaparan bertindak di luar kawalan apabila mereka nekad menyerbu trak bantuan demi untuk mendapatkan makanan dan bekalan lain ketika kejadian di Rafah yang bersempadan dengan Mesir.

Keadaan menjadi huru-hara selepas puluhan yang terdesak memanjat trak berkenaan dan mengagihkan sendiri kotak bantuan kepada saudara mereka yang lain.

Iklan
Iklan

"Situasi kemanusiaan semakin kritikal. Kira-kira sejuta penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal kini berdepan krisis kebuluran, dahaga melampau dan trauma teruk.

"Insiden di lintasan Rafah adalah tindak balas biasa. Individu yang biasanya tinggal sehelai sepinggang sanggup lakukan apa sahaja apabila berada dalam keadaan yang memaksa," kata wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud.

Iklan

Sementara itu, Program Makanan Sedunia (WFP) memaklumkan separuh daripada 2.3 juta populasi di Gaza kini berdepan kebuluran setelah perang ganas itu memasuki bulan ketiga. - Agensi

Iklan