NAIB juara Liga Europa musim lalu, AS Roma dijadual menentang Feyenoord kali ketiga berturut-turut selepas diundi berdepan sesama sendiri pada peringkat playoff kalah mati sebentar tadi.
Skuad kendalian Jose Mourinho itu menewaskan Feyenoord dalam saingan Liga Conference Europa pada 2022 sebelum sekali lagi menang pada suku akhir Liga Europa dalam laluan mereka ke final Liga Europa musim lalu.
Pusingan playoff kalah mati menyaksikan pasukan tangga ketiga peringkat kumpulan Liga Juara-Juara akan berdepan naib juara daripada kumpulan Liga Europa.
Pemenang akan mara ke kelompok 16 terakhir apabila mereka akan menyertai juara daripada setiap lapan kumpulan.
Feyenoord tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas berada di kedudukan ketiga kumpulan di belakang Atletico Madrid dan Lazio.
AC Milan yang berkedudukan ketiga kumpulan Liga Juara-Juara di belakang Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain serta di depan Newcastle United, diundi berdepan kelab Perancis, Rennes.
Shakhtar Donetsk, yang menang Piala UEFA 2009, akan menentang Marseille yang juga naib juara Liga Europa 2018.
Undian playoff kalah mati Liga Europa:
Feyenoord (NED) mln AS Roma (ITA)
AC Milan (ITA) mln Rennes (FRA)
Lens (FRA) mln Freiburg (GER)
Young Boys (SUI) mln Sporting (POR)
Benfica (POR) mln Toulouse (FRA)
Braga (POR) mln Qarabag (AZE)
Galatasaray (TUR) mln Sparta Prague (CZE)
Shakhtar Donetsk (UKR) mn Marseille (FRA)