Roy Keane label Van Dijk angkuh

Iklan
Virgil van Dijk. - Foto EPA

LEGENDA Manchester United, Roy Keane mengecam kapten Liverpool, Virgil van Dijk sebagai 'angkuh' dan 'tidak hormat' selepas pertahanan Belanda itu menuduh The Red Devils menggunakan taktikal negatif dalam keputusan seri tanpa jaringan di Anfield pada Isnin.

Liverpool melakukan 34 percubaan ke arah gawang gol lawan - 16 lebih banyak daripada yang mereka raih dalam kemenangan 7-0 dalam perlawanan tersebut musim lalu.

Iklan
Iklan

Namun, mereka tidak mampu menembusi pertahanan Erik ten Hag dan Van Dijk menuduh United sengaja mahu seri dan Liverpool adalah satu-satunya pasukan yang cuba menjaringkan gol.

"Bagaimana kami bermain, memiliki sebahagian besar bola dan hanya ada satu pasukan yang cuba memenangi perlawanan, malangnya ia tidak berlaku.

Iklan

"Kami unggul dalam semua aspek. Mereka gembira dengan satu mata dan kami kecewa," kata van Dijk.

Kenyataan van Dijk itu menyebabkan Keane berang dan dia berkata:"Van Dijk angkuh dan tidak menghormati United. Ia adalah kesombongan.

Iklan

"Mereka perlu bermain dan itulah yang dilakukan oleh pasukan yang hebat. Liverpool telah memenangi liga sekali dalam 30 tahun. Kami bermain menentang mereka banyak kali ketika mereka bergelut. Anda perlu mencari cara yang berbeza untuk memenangi perlawanan bola sepak.

"United mempunyai satu atau dua peluang. Saya fikir mereka berada di bawah tekanan, mereka duduk dan bermain dengan kekuatan yang mereka ada. Keangkuhan muncul dalam bola sepak di mana anda kecewa dengan keputusan seri. Statistik yang paling penting ialah keputusan akhir.

"Liverpool mempunyai peluang dan mereka tidak menyempurnakannya. Itu salah mereka sendiri," katanya.