Rumah terbakar, tiga sekeluarga sesak nafas

Iklan
Tiga mangsa mengalami sesak nafas selepas kediaman mereka terbakar.

GEORGE TOWN - Dua lelaki dan seorang wanita dipercayai satu keluarga mengalami sesak nafas apabila kediaman didiami mereka terbakar dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zaini Zainuddin berkata, kedua-dua lelaki terbabit berusia lingkungan 40an manakala wanita berusia 66 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian berlaku di sebuah flat di Jalan Semarak Api I, Medan Angsana, Ayer Itam di sini.

Mohd Zaini berkata, kebakaran terbabit melibatkan sebuah rumah flat kelas A dengan anggaran keluasan 9.1 x 7.6 meter persegi.

Iklan

"Anggaran kemusnahan adalah 60 peratus manakala kerja-kerja pemadaman turut dibantu pasukan bomba sukarela dan balai berhampiran. Seramai 21 pegawai dan anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman itu.

Keadaan rumah mangsa yang terbakar dalam kejadian malam Isnin.

"Kita telah membuat 'size up' dan menjalankan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman serta penyelamatan. Kebakaran dapat dikawal pada jam 10.34 malam dan api padam sepenuhnya pada 10.45 malam," katanya.

Iklan

Tambahnya, pasukan bomba telah menjalankan kerja-kerja 'overhaul' bagi memastikan tiada faktor bahaya lain dan operasi ditamatkan pada 11.17 malam sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasatan kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya.