RM165 juta nilai transaksi tanpa tunai

Iklan
Wan Rosdy beramah mesra dengan peniaga sempena kempen Cashless Pekan Sehari Temerloh anjuran Agrobank.

TEMERLOH - Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) mencatat rekod transaksi tanpa tunai berjumlah RM165 juta sekali gus mengubah arah aliran perniagaan berasaskan industri tani di negara ini.

Perkembangan positif itu diumumkan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussein yang mana jumlah tersebut direkodkan pada awal tahun ini sehingga November lalu melibatkan 166,000 pemegang akaun perbankan mudah alih.

Iklan
Iklan

Malah, berdasarkan prestasi tersebut, pihaknya turut menyasarkan tambahan 400,000 pemegang akaun perbankan mudah alih menggunakan perkhidmatan transaksi tanpa tunai pada tahun hadapan.

"Selari dengan matlamat tersebut, Agrobank telah berjaya menjadikan pasar pagi terpanjang di Malaysia, Pasar Sehari Temerloh menggunakan perkhidmatan transaksi tanpa tunai dengan penglibatan lebih 300 peniaga.

Iklan

"Justeru, kita (Agrobank) akan melakukan usaha berterusan untuk para peniaga di pasar ini beralih ke transaksi tanpa tunai. Berdasarkan maklum balas yang diterima setakat ini, sambutan dan penerimaan mereka amat baik," katanya.

Agrobank terus melaksanakan usaha berterusan bagi memastikan para peniaga industri tani beralih ke transaksi tanpa tunai.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Cashless Pekan Sehari Temerloh di Terminal Bas Lurah Semantan, di sini pada Ahad.

Iklan

Majlis yang berkonsepkan kempen itu disempurnakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Bantu para peniaga

Tambah Tengku Ahmad Badli Shah, Agrobank turut melaksanakan inisiatif membantu mengurangkan beban kos para peniaga dengan menyumbang kanopi merah kepada peniaga terlibat dalam kempen tanpa tunai di Pekan Sehari Temerloh.

Setakat ini kataya, kempen tersebut telah dilaksanakan di beberapa lokasi di Pahang antaranya kampung-kampung sekitar Ulu Tembeling, Pelangai, Sekolah Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bazar Taman Kerang, Mahkota Square selain di Pekan Sehari Temerloh.

Antara peniaga yang mengambil bahagian kempen Cashless Pekan Sehari Temerloh anjuran Agrobank.

Selain di Pahang, ujar beliau program tanpa tunai itu telah dilaksanakan di beberapa negeri lain antaranya di Daro, Sarawak dan Pasar Malam Api-Api di Kota Kinabalu,Sabah.

"Inisiatif ini juga turut menyokong usaha Bank Negara Malaysia (BNM) memastikan kemudahan kewangan dan perbankan dapat ditawarkan kepada setiap lapisan masyarakat bandar dan luar bandar," jelas beliau yang turut menyasarkan program yang sama di setiap daerah di seluruh negara.

Malah, Tengku Ahmad Badli Shah turut menyatakan para peniaga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tanpa tunai dan produk-produk perbankan Agrobank di mana-mana cawangan yang berdekatan.

Memudahkan perniagaan

Sementara itu, rata-rata peniaga menyifatkan penyertaan mereka dalam kempen Cashless Pekan Sehari Temerloh anjuran Agrobank itu amat membantu dalam menjalankan urus niaga mereka.

MASITAH

Seorang peniaga sayur dan ulam-ulaman, Masitah Abdul Wahab, 33, memberitahu, dia sangat menghargai usaha yang dijalankan oleh Agrobank.

"Saya baru sahaja menyertai program tanpa tunai ini dan ternyata ia sangat memudahkan peniaga seperti saya.

"Saya juga sudah semakin serasi dan selesa menggunakan aplikasi ini yang juga memudahkan pelanggan," jelas Masitah yang mengusahakan perniagaan itu di lokasi berkenaan.

SYUHADA


Pandangan yang sama turut dinyatakan Syuhada Maklis, 22, yang mana dia menyatakan transaksi tanpa tunai yang disediakan Agrobank lebih cepat dan selamat.

"Setakat ini golongan muda lebih banyak menggunakan aplikasi tanpa tunai dan ia memang mudah," katanya yang menjalankan perniagaan jualan buah-buahan.

MB Pahang hargai usaha Agrobank bantu peniaga tempatan

TEMERLOH - Kerajaan negeri Pahang memuji langkah Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) membantu para peniaga di Pasar Sehari Temerloh meningkatkan prestasi jualan mereka menerusi penggunaan perkhidmatan transaksi tanpa tunai (cashless).

Menteri Besar, Datuk Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha Agrobank itu bukan sahaja memudahkan urusan pembayaran di antara peniaga dengan pembeli, tetapi turut selari dengan hasrat kerajaan negeri yang memberi penekanan terhadap proses pembangunan digitaliasi.

Pemandangan dari udara Pasar Sehari Temerloh.

"Kita akan memperluaskan program ini ke tempat-tempat lain dalam Kadar segera selaras dengan usaha Pahang menuju ke tahap cashless dalam masa terdekat.

"Setakat ini, apa yang menarik penerimaan masyarakat tempatan cepat dan amat baik. Mereka menerima kerana ia banyak kelebihan," jelas beliau selepas melancarkan Majlis Cashless Pekan Sehari Temerloh anjuran Agrobank, di sini pada Ahad.

Dalam majlis sama, Wan Rosdy turut memaklumkan kerajaan negeri telah pun melaksanakan Pelan Digital Pahang 2012-2025.

Malah, dalam pelan tersebut antara tiga tumpuan keberhasilan meliputi pewujudan ekosistem digital yang kondusif dan berintegrasi di antara kerajaan, rakyat dan swasta.

"Selain itu, kerajaan negeri turut memberi penekanan kepada membudayakan hidup digital dalam kalangan rakyat dalam semua bidang dan sektor di negeri ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Pekan Sehari Temerloh yang kini berusia kira-kira 150 tahun mampu menarik kehadiran hingga 7,000 pengunjung sehari dari dalam dan luar Pahang.