Banjir: Tiada kes pecah rumah di Kelantan, hanya kerosakan tanaman, ternakan

Iklan
Muhamad Zaki (kiri) mendengar perkongsian pengalaman berdepan banjir oleh seorang remaja ketika lawatan di PPS SK Sri Rantau Panjang Dua.

RANTAU PANJANG - Polis Kelantan mendedahkan tiada aduan berkaitan kes pecah rumah dicatatkan sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya hanya menerima aduan berkaitan kes kerosakan melibatkan tanaman, haiwan ternakan serta kediaman sahaja.

Muhamad Zaki (kanan) beramah mesra dengan penghuni PPS SK Sri Rantau Panjang Dua pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, sepanjang banjir gelombang satu dan dua sebanyak 102 laporan yang telah direkodkan.

"Sebanyak 19 aduan diterima di Rantau Panjang dan selebihnya di jajahan lain," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.

Iklan

Sebelum itu, beliau mengadakan lawatan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang Dua dan menyampaikan bantuan kepada mangsa.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Pekrkep) Kelantan, Datin Suzana Yashin.

Iklan

Sementara itu dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki berkata, walaupun banjir pihaknya tetap melakukan penugasan seperti biasa.

Penghuni di PPS SK Sri Rantau Panjang Dua semasa sesi lawatan Polis Kelantan pada Selasa.

Ujarnya, tiada perubahan dilakukan mungkin cara bertugas berbeza kerana sekarang musim banjir.

Tambah beliau, kawalan sempadan juga turut diperketatkan bagi memastikan aktiviti penyeludupan dapat dibanteras dengan sebaik mungkin.