Lima termasuk seorang wanita warga asing ditahan kes gaduh

Iklan
Lokasi kejadian di hadapan kedai runcit di Taman Pandan Jaya, Jumaat lalu.

AMPANG - Seramai empat lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan menyebabkan kematian seorang lelaki di hadapan kedai runcit di Taman Pandan Jaya, di sini Jumaat lalu.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika rakan mangsa ingin menutup kedai runcit telah diserang suspek sebelum mangsa yang melihat kejadian itu datang membantu.

Iklan
Iklan

"Ketika itu berlaku pergaduhan, sebelum mangsa dan rakannya ditikam suspek yang kemudian melarikan diri.

"Insiden itu menyebabkan mangsa maut, manakala rakannya parah,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu memaklumkan suspek ditahan bagi membantu siasatan.

"Polis menahan empat lelaki warga asing berusia 23 hingga 51 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 19 tahun dalam serbuan berasingan di Kuantan, Pahang dan Pandan Indah, di sini Jumaat lalu.

Iklan

"Kesemua suspek direman sehingga 22 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.