Covid-19: Jemaah masjid Kelantan digalak pakai pelitup muka

Iklan
Jemaah masjid di Kelantan digalakkan memakai pelitup muka. - Gambar hiasan. (Gambar kecil: Tengku Mohamad Rizam)

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menggalakkan jemaah di kesemua 611 masjid di negeri ini menggenakan pelitup muka bagi mengelak jangkitan pandemik Covid-19.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya dalam perancangan untuk mengeluarkan satu pekeliling berhubung perkara itu.

Iklan
Iklan

"Pemakaian pelitup muka itu bagaimanapun bukanlah satu yang menjadi kewajipan tetapi ia galakkan,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Pembayaran Zakat Korporat di Pejabat MAIK di sini, pada Selasa.

Menurut beliau, berdasarkan statistik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, peningkatan jangkitan pandemik itu berlaku pada penghujung tahun, bagaimanapun masih terkawal.

Iklan

"Setakat ini, jangkitan yang berlaku dalam kawalan dan agak rendah dengan kes-kes tahap satu dan dua sahaja.

"Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah dan terus berwaspada selain mengamalkan langkah-langkah penjagaan kendiri,” katanya.

Iklan

Jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan kepada 20,696 kes antara 10 hingga 16 Disember lalu berbanding 12,757 kes dilaporkan di seluruh negara dengan 11 kematian pada 3 hingga 9 Disember lalu.

Melalui hantaran platform X oleh Covid19Place yang dikongsikan, perkembangan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 8,000 kes berbanding minggu sebelumnya.