Tayar monorel jatuh sebelum terbakar

Iklan
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran tayar monorel yang terbakar selepas terjatuh dalam kejadian di laluan Stesen Monorel Titiwangsa, Jalan Tun Razak dekat sini pada Selasa. Gambar kecil: Keadaan tayar monorel yang terbakar selepas terjatuh dalam kejadian berdekatan Jalan Tun Razak dekat sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Suasana gempar seketika di Jalan Tun Razak apabila tayar monorel terjatuh sebelum terbakar dalam kejadian di laluan Stesen Monorel Titiwangsa dekat sini pada Selasa.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Nooridzwan Mohamad Noor berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian pada jam 12.57 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bersama sebuah jentera kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi didapati terdapat tayar monorel telah terjatuh sebelum terbakar," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Nooridzwan berkata, anggota bomba terlibat kemudiannya menjalankan kerja pemadaman di lokasi kejadian.

"Kebakaran kemudian dipadamkan menggunakan satu aliran daripada pam jentera. Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa yang terlibat.

Iklan

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.