Pelajar warga China trauma dipukul pemandu e-hailing

Iklan
Miss Yuan dan Chon Siang pada sidang akhbar di pejabat ADUN Teruntum di sini pada Selasa.

KUANTAN - Malang menimpa seorang penuntut warga China yang melancong ke bandar raya ini apabila dipukul berkali-kali dengan kerusi lipat besi oleh seorang pemandu e-hailing pada Sabtu lalu.

Mangsa dikenali, Miss Yuan, 22, berkata, dia segera pulang ke kediamannya di Serdang, Selangor kerana bimbang pemandu terbabit datang semula ke lokasi penginapannya di sebuah hotel di sekitar daerah ini.

Miss Yuan menunjukkan jari tangan kanannya mengalami keretakan tulang akibat kejadian itu pada sidang akhbar bersama Chon Siang di pejabat ADUN Teruntum di sini pada Selasa

Iklan
Iklan

Menurutnya, akibat kecederaan dialami, dia telah mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur pada Sabtu dan turut menghubungi Kedutaan China bagi mendapatkan nasihat.

"Tulang pada dua jari tangan kanan saya retak selain lebam di badan termasuk di muka.

Iklan

"Malah, pihak kedutaan (China) juga menasihatkan saya supaya membuat laporan polis di Kuantan dengan bantuan YB (Yang Berhormat) Sim (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang," katanya.

Dia berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar bersama Chon Siang di pejabat ADUN Teruntum, di sini pada Selasa.

Iklan

Penuntut jurusan Ekonomi di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang itu memaklumkan laporan polis berhubung kejadian itu telah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada Isnin.

Menurutnya, laporan dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap pemandu e-hailing terbabit kerana tindakannya boleh membahayakan penumpang lain.

"Saya berharap polis Malaysia dapat mengenakan hukuman setimpal kepada pelaku (pemandu e-hailing) kerana selepas insiden itu, saya masih dihubungi.

"Saya juga menuntut imbuhan perubatan dari pihak e-hailing terbabit disebabkan kejadian ini," ujarnya.

Dia bersama seorang lagi rakannya yang juga pelajar warganegara China datang ke Kuantan selama dua hari untuk melancong sekitar daerah Kuantan sejak Jumaat lalu.

Miss Yuan menunjukkan jarinya yang lembam.

Bercerita lanjut mengenai kejadian tersebut, Miss Yuan berkata, pemandu e-hailing tersebut ada berkata sesuatu menggunakan bahasa Melayu yang tidak difahami sebelum bertindak memukulnya ketika menuju ke Hotel.

Dia mengakui bingung apabila tidak mengetahui motif sebenar pemandu tersebut memukulnya.

Sementara itu, Chon Siang berkata, beliau terus menghubungi mangsa dan membawanya hadir membuat laporan di Ibu pejabat Polis (IPD) Kuantan pada tengah malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya akan membantu mangsa mendapatkan pembelaan sewajarnya selain bertanggungjawab menanggung sebarang kos yang dihadapi setelah insiden tersebut.

"Dari segi perubatan (rawatan), kita akan lihat berapa jumlah dan kerajaan akan bantu.

"Kemungkinan perkara sudah sampai Kedutaan China dan ia menjejaskan imej baik Pahang. Jadi, saya berharap kerajaan dapat ambil tindakan sepatutnya terhadap pemandu terbabit," ujarnya.

Chon Siang turut menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang di masa akan datang membabitkan pelancong yang datang ke negeri ini.