Polis rampas 451 kotak arak tanpa cukai hampir RM130,000

Iklan
Raiz Mukhliz (kanan) memeriksa tong yang disyaki mengandungi cecair parti arak. - Foto: IPD Muar

MUAR - Polis merampas 451 kotak berisi arak tanpa cukai yang dianggarkan bernilai RM129, 888 (tidak termasuk cukai) dalam serbuan di sebuah premis kilang di Bakri Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam serbuan berkenaan polis turut menahan dua lelaki warga tempatan berusia 31 tahun kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan arak tanpa cukai.

Iklan
Iklan

"Pada 13 Disember 2023 sekitar jam 3 petang, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Muar telah membuat serbuan di sebuah kilang di Jeram Bukit Batu, Bakri.

"Turut dirampas adalah 13 tong plastik biru yang mengandungi 200 liter cecair disyaki parti arak dengan anggaran nilai barang RM26, 000 serta dua lori," katanya.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 yang mana jika sabit kesalahan mahkamah boleh mengenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM100, 000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau di penjarakan tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis turut menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang kegiatan penyeludupan serta terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan tersebut.

Iklan

Operasi berterusan akan dijalankan bagi mengekang dan membanteras kegiatan penyeludupan khususnya di daerah Muar.