Lima ditahan rogol remaja 17 tahun

Iklan
Gambar hiasan. - Foto: Agensi.

MIDNAPORE BARAT - Lima remaja lelaki ditangkap berhubung kes rogol seorang gadis berusia 17 tahun di kampung Kalua Muchirampur yang berada di bawah bidang kuasa Balai Polis Debra semalam.

Jurucakap pegawai polis berkata, kejadian berlaku pada jam 2,30 ketika remaja perempuan itu dalam perjalanan pulang dari rumah bapa saudaranya.

Iklan
Iklan

"Dia dipercayai dirogol kumpulan remaja lelaki terbabit setelah dihantar pulang ke rumah oleh seseorang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Bapa mangsa telah membuat laporan polis dan pihak berkuasa kemudiannya menangkap lima suspek berkenaan pada hari yang sama. Kelima-lima mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan sebelum dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Iklan

Sementara itu bapa mangsa berkata, insiden itu berlaku ketika anaknya dalam perjalanan pulang dengan menaiki basikal sebelum dihalang oleh kumpulan remaja lelaki tersebut dan di bawa ke sebuah kolam di mana tiga hingga empat daripada mereka meminum minuman keras.

"Mereka turut memaksa dia meminum minuman keras tersebut sebelum bertindak merogolnya dan dihantar pulang dalam keadaan yang tidak sepatutnya pada jam 7.30 malam. Kami tidak mengenali kelima-lima suspek yang berlibat," katanya. - Agensi.

Iklan